Monday, 19 January 2015

Keripap pusing rangup (EJ)

Karipap Pusing Yang Enak Dan Ranggup

BAHAN DOH A

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin

BAHAN DOH B

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran

CARA MEMBUAT NYA

  Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau  dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan  ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam  kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah  tepung untuk menuangkan minyak panas tu. Gaul rata dengan senduk atau  sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. Bancuhkan  bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil  menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi  4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di  gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat  dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.

Doh yang telah  disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana  ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas  proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan  lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak  buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk  satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak  noor potong 10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2  saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi  lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan  minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan  terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya  pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah  di angkat dan tos kan...

BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada ayam atau daging di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA

Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.

  Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu  & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati  dan biarkan sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu

Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak

Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah

Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

No comments:

Post a Comment