Inti Murtabak Daging
500gm daging cincang
1 kg kentang dipotong dadu nipis nipis
500 gm bawang besar dipotong dadu
50 gm lada hitam*
50 gm jintan manis*
25gm jintan putih*
100 gm rempah kari daging babas
50 gm rempah kurma babas
Bahan * dikisar kering hingga halus
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa secukup rasa
Telur
Daun sup dan daun bawang - hiris halus
Minyak
Mesin bawang besar,bawang putih, halia , rempah kari, rempah kurma dan rempah kering tadi hingga halus.
Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik wangi dan masukkan rempah mesin tadi. Tunggu hingga pecah minyak dan masukkan daging cincang tadi. Tunggu hingga empuk sikit. Masukkan kentang dan bawang. Gaul rata rata. Pada saat ini biarkan kentang lembut dan empuk betul betul bersama daging tadi. Masukkan secukupnya gula ,garam dan perasa jika suka. Gaul rata hingga sebati.
Angkat dan biarkan sejuk.
Roti canai
1kg tepung gandum
1biji telur
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
2 sudu makan planta
1 sudu teh lemak sayur
1 sudu makan susu tepung
Air secukupnya.
Gaul semua bahan kecuali air dan gaul rata hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat ditangan. Uli lembut sahaja. Jgn uli kuat sgt nanti tepung jadi liat. Tekstur adunan tepung ini hendaklah lembut sedikit dari aduanan karipap. Setelah puas hati boleh di bulat bulatkan. Kita boleh sapukan planta atau minyak rata rata supaya tepung tidak melekat satu sama lain. Biarkan selama sekurangnya 1 jam supaya tepung boleh rehat.
Cara membuat murtabak.
Ambik 2 senduk gulai adunan inti tadi. Bubuh didalam koleh. Masukkan sebiji telur serta daun sup dan daun bawang yg dihiris nipis tadi. Kacau rata dan biarkan ditepi.
Ambil pula adunan roti canai tadi gunakan belakang dulang tekan tepung perlahan lahan supaya leper dan bulat. Tarik tepung perlahan lahan dan pastikan tidak koyak. Gunakan sedikit minyak supaya licin dan senang tarik. Letakkan inti diatas tepung dan lipat kiri kanan tepung supaya jadi empat segi. Angkat perlahan lahan dan boleh digoreang menggunakan kuali leper. Kita boleh guna non stick pan atau pemanggang ajaib. Goreng hingga garing. Tambah sedikit minyak jika perlu sahaja. Bila garing boleh angkat.
Acar bawang.
2 labu bawang besar hiris nipis
1 biji chili padi (potong 4-jika suka)
4 sudu besar gula
Secukup cuka
Secubit garam
Pewarna merah
Sedikit esen ros
Gaul semua bahan hingga rata dan cukup rasa manis,masin dan masamnya. Chili padi tu jika suka ye. Kalau tak bubuh pun ok. Gaul semua dan biarkan sebati.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment