Friday 19 September 2014

Bihun goreng ciplak

Bahan-bahannya ;

400gm bihun..rendam sekejap bagi lembut..
15 biji cili kering..potong kecil-kecil*
3 tangkai daun kari*
2 sudu besar biji sawi..*
Yang bertanda * adalah bahan untuk menumis.

2 biji bawang merah...bawang besar pun boleh#
5 ulas bawang putih..#
50gm udang kering..#
1 kiub ayam#
Yang bertanda# adalah bahan-bahan yang kena tumbuk...sila tumbuk hingga hancur..

Sayur ikut suka anda..x nak..x payah bubuh..

Minyak 1/2 cawan untuk menumis..
Air 1/2 gelas..
Lada sulah secukupnya. .
Garam...secukupnya..

Ok..sekarang jom kita masak!

Panas kan minyak dalam kuali..tumis bahan-bahan tumis ..hummm dah naik bau..masukkan pulak bahan tumbuk..kacauuuuuuu...kacau lagi..masukkan air...kacau..masukkan sayur..kacau lagi..masukkan garam..garam bagi rasa dia up sikit no..sebab sat lagi nak bubuh bihun...kalau bubuh rasa yang biasa jer..dah bubuh bihun..hilang rasa pulak...

Ok..lepas tu bubuh bihun...kacau kejap..taburkan lada sulah secukupnya..lebih banyak lebih pedas..
Sebatikan bihun dan masaklah bihun hingga masak...

Siap dahhh..jommm makan..

No comments:

Post a Comment