Resepinya;
Bahan A
Sayur(semua celur air panas)agak2 empuk
-taugeh
-kacang botol
-kacang panjang
-pucuk betik
-pucuk ubi
-apa2 sayur yg dirasakan teringin takde masalah.
Pastikan sayur ditapis kejap bagi air turun. Wajib toskan taknak keluban berair.
Bahan B (goreng kejap with minyak)
Cili merah beso 4 batang,
Bawang merah 5 bijik,
Bawang putih 4 ulas,
Cili api 7 batang. Cili lg bnyk lagi kaww. Haha
Belacan bakar sekali. Agak2 satu sudu besar.
Bahan C (sangai atas kuali without minyak)
Kelapa parut sangai sampai wangi perang2 sikit. Kuantiti agak2 je dengan kuantiti sayur boleh gaul rata.
Tumbuk bahan B and C guna lesung batu. Letak sikit garam gula secukup rasa.
Gaul dengan sayur tadi. Perah sikit limau nipis. Tadaaaaaaa. Siap. Senang dan pantas.
Boleh ubah suai ekot citarasa.
No comments:
Post a Comment