Nasi Ayam Bali Villa
Bahan-bahan ( 3-4orang )
BAHAN2 UTK NASI:
3 cawan beras(basuh&tos)
air rebusan ayam(bergantung kpd byk mana nasi dimasak)
2 ulas bwng merah&putih-hiris
2 cm halia-tumbuk
3 biji bunga cengkih&bunga lawang
1 sudu kecil buah pelaga
4 cm kulit kayu manis
1 batang serai-tumbuk
Minyak sedikit utk menumis
BAHAN2 UTK AYAM:
1/2 ekor ayam(potong kecil)
2 cm halia-tumbuk
2 ulas bawang merah-tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis&masin
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng
BAHAN2 UTK SUP:
Air rebusan ayam
1 batang saleri-hiris
1/2 batang lobak merah-hiris
Sedikit cendawan tiram-ceraikan
1 ulas bwng merah&putih utk menumis
Sedikit daun sup&bwang goreng-hiasan
Sedikit minyak utk menumis
BAHAN2 UTK SOS:
5 biji cili merah-buang biji
1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam&air asam jawa secukup rasa
BAHAN2 UTK HIASAN:
1 biji tomato-potong bulat
1 biji timun-potong serong
Daun salad
Cara-cara
CARA2 MASAK NASI: Tumis semua bahan kecuali serai&air rebusan didalam periuk.Setelah naik bau,masukkan air rebusan ayam& serai ke dlm tumisan tersebut.Tuang bahan2 tersebut kedalam periuk letrik berisi beras yg telah dibasuh serta tos tadi.Masak nasi seperti biasa.
CARA2 MASAK AYAM:Toskan ayam yg telah direbus.Lumur ayam dgn halia&bawang yg telah diketuk & lumur sekali dgn sos tiram,kicap manis&masin serta sedikit garam.Goreng ayam dgn api sederhana.
CARA2 MASAK SUP:Tumiskan kedua2 bawang,masukkan baki air rebusan ayam.Masukkan kesemua bahan2.Hias dgn daun sup&bawang goreng.
CARA2 MASAK SOS:Kisar cili merah&bawang putih sehingga hancur.Masukkan gula,garam&air asam jawa.Masak diatas api sederhana sehingga agak masak dlm 10minit.
Siap utk dihidang..hiaskan dgn tomato,salad&timun..selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment