Thursday, 7 May 2020

kuih serimuka

Serimuka Lagend tau..sedap lah haiii..
Pisau plastik tu saja boh tang tu..nak habaq kat hgpa..lahh..kalau nk potong kuih muih adik beradik seri muka tu..hgpa beli lah pisau tu..baru sng kerja kita..

Resepi seri muka Lagend..

400gm beras pulut susu..(rendam 1/2 jam)
2 cwn santan cair..(kalau nk boh yg pekat pun suka hati hgpa lah)
Sedikit garam
Pewarna hijau n daun pandan..

Sebati kan semua bahan2 diatas..kukus sampai masak..lepas dah masak..keluarkan daun pandan..tekan pulut rapat2..bg mampat..ketepi kan..

Kepala serimuka. 

2 cwn santan pekat..
1.5 cwn gula..kalau nk kurang manis..kurang kan gula ya..
Sebiji telur
Pewarna hijau
1 cwn tpg gandum
Garam secukup rasa..

Sebati kan semuanya..blend.
Tuang atas pulut..kukus sampai masak..dlm 45 mnt..

kuih lapis.

Sedap sangat lah kuih lapis ni..tp fail..acuan lupa nk sapu minyak..kepala nya lekat..🤪🤪🤪tapi kuih nya sedap yaa..blh tarik selapis selapis gitu..

Resepi kuih lapis

5.5 cawan santan
2.5 cwn tpg beras
1.5 cwn gula
*Pasti kan cawan berukuran yg sama..
Garam secukup nya..

Campur kan semua bahan..sebatikan..blh blend..buat 2 bahagian..1 bahagian.biarkan putih..satu lagi warna kn merah..

Kukus satu persatu..setiap satu kukus 8 mnt ya..yg last kukus 15 mnt..

Pastikan kuih betul2 sejuk baru potong ya..

Friday, 18 October 2019

Shellout

Shell out sedapppp.

Makanan Laut

Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa.

* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk

Bahan Rempah 

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup 

Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam 

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 

Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 

Yang lain ita tak letak sayur. 

Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.

Resepi dari blog norazlitaaziz.blogspot.com..

Monday, 29 October 2018

Ikan kembung Lengat

Ikan temenung( ikan kembung)

Ikan kembung..pesiang dan bersih kan..tabur kan dgn sedikit garam haus dan sedikit gula..

Susun dalam pengukus...kukus selama 20 minit..biar betul-betul sejuk..baru lah di keluarkan utk dimasak..
Boleh di goreng..masak lemak..kari ikan..masak cuka..masak sambal..masak asam..
Dan lain-lain resepi..

Friday, 13 July 2018

Spaghetti ayam

Spaghetti ayam.. So senang So sedap..

Spaghetti ayam

1 ekor ayam..potong kecil2
1kg tomato
1 tin besar tomato pure
2 biji bwg besar..(kisar halus)
5 ulas bwg Putih.. (Kisar halus)
Minyak zaitun atau minyak masak biasa
Setengah cawan soa cili
Garam..gula secukul nya

1 paket spaghetti..

Cara2 memasaknya

Didih kan air..rebus spaghetti sampai lembut..tuang dlm penapis..basuh dan tos kan..lepas tu gaul dgn sedikit minyak zaitun atau minyak masak biasa..(x nak basuh pun x pa..x nak boh minyak pun x pa..)

Bersihkan ayam..tos kan
Rebus tomato hingga kulit nya terkopek(sat jer rebus..kulit tomato tu bila dah tekopek sikit..kita blh tarik nnti)..
Bila dah kopek kulit..kisar tomato hingga halus..
Panas kan sedikit minyak..agak2 setengah cawan..masukkan bwg merah dan bwg putih kisar..lepas tu masukkan ayam..kacau hingga ayam nmpk kecut..masukkan tomato pure..masukkan jugak tomato kisar..masukkan plk sos cili..biar kan mendidih..bila ayam dah empuk..perasa kan dgn garam dan gula..secukup nya..kalau perlu nk tmbah sos cili..pun blh..
Biar kan kuah pekat..siapp

Dah siap..ambik spaghetti boh dlm pinggan..tuang lh kuah..blh tabur dan serbuk oregano atau serbuk herba campuran.(x dak pun x pa..kalau nk beli kat supermarket ada jual)..
Siapp

Monday, 14 May 2018

asam pedas daging tetel (sakinah yasin)

Hai2 semua sahabatku 1 Malaysia...Akak nak share dan sebagai sedekah harini..resepi Asam Pedas Daging Tetel...versi akak...mana tahu ada yg sesuai utk di jadikan menu  tengahari/malam atau bila2 saje teringin nak masak .😀😀ok BAHANNYA;
Daging Tetel 1 kg
Cili giling rm 3.00
Bawang besar 5 biji
Bawang Putih 2 labu
Halia 5 inci
Lengkuas 5 racik
Serai 3 batang
Kunyit hidup 3 inci
Rempah 3 sekawan
Ketumbar 2 sudu besar
Jintan manis 2 sudu besar
Lada hitam 2 sudu besar
Buah keras 4 biji...
Minyak masak 2 senduk
Asam Jawa.
Daun Limau Purut 5 helai

Cara2nya:

1.  Daging direbus sehingga     lembut
2.  B/besar,B/putih, halia, kunyit dan buah keras di basuh bersih dan dikisar halus.
3.  Ketumbar,jintan manis,lada hitam, dibasuh bersih disangai biarkan sejuk di kisar halus.
4.  Panaskan minyak tumiskan rempah 3 sekawan+ bahan basah yg dikisar+ cili giling+bahan rempah yg dikisar+ serai yg diketuk dan hirisan lengkuas...biar sampai smua bahan garing/pecah minyak + Air asam.jawa & air dlm 1 liter biarkan sampai mendidih+daging tetel  direbus tadi dlm keadaan api yg sederhana bila semua sebati & mendidih lagi ..masukkan garam& sedikit gula...klu suka serbuk perasa  tak suka tak payah masuk😀 kecikkan api last sekali masukkan daun limau purut...dah rasa ok blh tutup api dan sedia utk dihidangkan...Selamat mencuba....Tara...inilah hasilnya 😀😀

Friday, 20 April 2018

kasui bunga chicha

Hari ni knor nak buat kuih kasui bunga  bunga chicha..lama dah teringin nak makan kuih bunga chicha ..tp x tau nk ambik kat mana bunga chichanya..Alhamdulillah  ada insan mulia yg.memberi nya..semoga Allah membalas seribu rahmat utk dia dan family nya..aamiin..

# bunga chicha ni berbunga setahun sekali je..
iaitu hujung bulan February hingga awal April sahaja..waktu paling banyak berguguran bulan March...
Pokok chicha ni besar..macam pokok balak..kata mereka lah dan mengikut gambar yg mereka post lah..

KUIH KASUI
Bahan-bahannya;

3 CAWAN TEPUNG GANDUM

SEMANGKOK BUNGA CHICHA
5 1/2 CAWAN AIR (KISAR DGN BUNGA CHICHA)
1  SETENGAH CAWAN GULA PASIR.
1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
SEDIKIT GARAM
2 SUDU BESAR AIR KAPUR
1/2 KG KELAPA PARUT YANG PUTIH SAHAJA..
CARA-CARANYA;

SEDIAKAN AIR UNTUK MENGUKUS..DIDIHKAN..
SATUKAN KESEMUA BAHAN2 DIATAS GAUL HINGGA SEBATI..KALAU MASIH BERKETUL...KISAR DENGAN BLENDER ..BIAR HALUS.

SAPU KAN MINYAK.DALAM LOYANG..TUANG ADUNAN KEDALAMNYA..KUKUS SELAMA 50 MINIT..
SELEPAS ITU KUKUS PULA KELAPA PARUT +.SEDIKIT GARAM SELAMA.15 MINIT..SUPAYA KELAPA X CEPAT MASAM..
SELEPAS KUIH SEJUK..POTONG DAN GAUL KAN DENGAN KELAPA TADI..SIAPPPP.